suria

Seruling dicemari air mani, guru muzik aniaya murid didakwa di mahkamah

John Edward Zeretzke dijadualkan membuat pengakuan bersalah di sebuah mahkamah di Amerika Syarikat pada 16 Jun ini.

SEORANG guru muzik yang memberi muridnya bermain seruling dicemari air mani didakwa di mahkamah.

John Edward Zeretzke, 61, dari Ventura, California didakwa melakukan perbuatan itu pada 2017.

Dia sebelum ini ada membuat rakaman video perbuatan kotor itu sebelum memberikan seruling berkenaan kepada dua murid perempuan.

Selain perbuatan itu, dia juga didakwa menghantar mesej lucah kepada remaja perempuan berusia 15 tahun di Facebook.

Malah, dia juga didakwa menghantar 34 keping gambar lucah miliknya sendiri.

Menurut laporan, Zeretzke dijadualkan membuat pengakuan bersalah di sebuah mahkamah di Amerika Syarikat pada 16 Jun ini.

Perbicaraan itu diteruskan semula selepas terhenti akibat pandemik Covid-19 yang melanda sejak awal tahun ini. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain