KOREA Utara telah membina sebuah pusat luncur air terbaharu di Wonsan untuk menggalakkan pelancong asing berkunjung ke negara itu. Kerajaan pimpinan Kim Jong-un itu sedang giat mempromosikan pusat tarikan terbaharu itu termasuk menyediakan jadual itinerari khas untuk aktiviti sukan lasak tersebut. "Julai dan Ogos menawarkan situasi ombak setinggi tiga meter yang sesuai untuk mereka yang mula berjinak-jinak dengan sukan lasak ini."Bagi mereka yang lebih berpengalaman bolehlah mencuba luncur air peringkat tertinggi pada bulan Oktober dan November," menurut iklan dalam laman web Pentadbiran Pelancongan Kebangsaan Korea Utara. Namun Nik Zanella, 52, yang membuka sekolah luncur air pertama pertama di negara itu pada 2015 di Majon meragui pembukaan pusat peranginan terbaharu itu. "Ombak boleh jadi sangat baik jika anda cukup bernasib baik untuk mendapatkan luncuran yang bagus. Tetapi ia tidak konsisten. "Anda tidak akan pergi meluncur air di Korea Utara kerana ia lebih baik daripada Hawaii, OK?," katanya.