VAKSIN eksperimen untuk Covid-19 yang dibangunkan sebuah syarikat berpusat di Ahmedabad, India sudah diluluskan untuk diuji ke atas manusia.
Malah, ia sekaligus menjadi vaksin Covid-19 kedua dari negara itu yang mendapat kebenaran sama.
Dikenali sebagai ZyCoV-D, uji kaji vaksin itu akan bermula pada bulan ini.
Menurut Dr V. K.Srinivas, naib presiden syarikat bio-teknologi Bharat, ia akan diuji ke atas 1,000 individu di seluruh negara itu.
Malah, pihaknya juga bercadang membuat pengeluaran besar-besaran untuk dipasarkan ke peringkat global.
Sebelum uji kaji ke atas manusia, vaksin itu terlebih dahulu sudah diuji ke atas haiwan seperti tikus dan arnab. - India Times.
Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!