suria

Berjaya kurus seperti Adele, wanita akui tertekan terima komen jahat mengenai imej baharu

Georgi Phipps menerima pelbagai komen setelah dia tampil dengan imej kurus.

GEMUK salah, kurus pun salah... apa yang dimahukan sebenarnya?

Mungkin inilah kata-kata yang bermain dalam fikiran seorang wanita selepas transformasi tubuhnya menerima komen negatif.

Kata Georgi Phipps, 28, dia sebelum ini seorang wanita bertubuh gempal.

Namun, dia berjaya mengurangkan berat badan selepas menjalani pembedahan bariatrik pada 2018.

Malah, transformasi itu disifatkan seperti penyanyi terkenal, Adele yang turut berjaya menurunkan berat badan sebelum ini.

"Jangan kurus lagi, nanti kamu nampak sakit. Mana buah dada kamu? Bagaimana kamu boleh kurus begini?

"Saya tak bersedia dengan kritikan sebegini. Tiba-tiba semua ada pendapat mengenai saya," ujarnya.

Tambah Georgi, dia melalui apa yang turut dilalui penyanyi lagu Rolling In The Deep itu apabila perubahan badan menjadi kritikan ramai.

Lebih memberi tekanan, ada yang menganggap dia mengambil jalan pintas untuk kurus kerana melakukan pembedahan. - The Sun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Georgi Phipps, Adele, kurus

Artikel Lain