suria

Ketuk muka dengan tukul, suami trauma jadi mangsa keganasan rumah tangga... makin bimbang selepas tahu isteri akan keluar penjara

Tracy Hannington dijangka bebas pada Oktober depan selepas dihukum kerana mencederakan suaminya.

SEORANG lelaki berusia 56 tahun ternyata trauma setelah dia menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Biarpun isterinya, Tracy Hannington yang sebaya dengannya sudah dipenjara atas kesalahan itu, setiap kekejaman yang dilakukan masih segar di ingatan.

"Saya masih tersedar di tengah malam dengan peluh, bermimpi buruk mengenai Tracy.

"Saya harap waktu dalam penjara membolehkan dia sedar betapa teruknya dia layan saya.

"Ia memberi kesan fizikal dan mental. Tapi saya tak terkejut pun jika dia tidak insaf," ujar pemandu lori itu.

Mahu dikenali sebagai Tony, dia juga risau sekiranya wanita itu datang mencarinya selepas dibebaskan dari penjara.

Difahamkan, wanita itu akan dibebaskan pada Oktober depan dan hukuman disambung secara tahanan dari rumah.

Sebelum ini, wanita itu mencederakan Tony apabila memukul wajahnya dengan tukul, pembersih hampagas dan pisau. - The Sun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Tony, Tracy Hannington, pukul, penjara

Artikel Lain