suria

Tak berhati perut! Demi kekasih, ibu tinggalkan anak kecil bersendirian selama 8 hari hingga akhirnya mati kelaparan

Saki Kakehashi ditahan polis selepas meninggalkan anak perempuannya yang berusia tiga tahun berseorangan selama lebih seminggu di rumah hingga mangsa mati kelaparan. Foto: ANN News

TIDAK berhati perut!

Itulah perkataan yang sesuai bagi menggambarkan sikap seorang ibu apabila tergamak meninggalkan anak perempuannya sehingga mangsa meninggal dunia kerana kelaparan, semata-mata mahu bertemu dengan teman lelaki.

Saki Kakehashi, 24, kini ditahan polis selepas anak perempuannya, Noa, yang berusia tiga tahun meninggal dunia selepas ditinggalkan berseorangan di pangsapuri.

Menurut Japan Times, difahamkan wanita itu meninggalkan anak perempuannya bersendirian selama lapan hari untuk menemui kekasihnya yang tinggal sejauh 600 batu di Kagoshima Prefecture.

Ibu itu mengakui kesalahannya, dan memberitahu penyiasat bahawa dia berfikir 'tidak mengapa' untuk meninggalkan kanak-kanak itu sendirian di pangsapuri mereka di Ota Ward Tokyo.

Ketika Kakehashi pulang ke kediamannya pada 13 Jun lalu, dia mendapati bahawa Noa sudah tidak bernafas dan terus membuat panggilan kecemasan.

Noa dikejarkan ke hospital namun dia disahkan sudah meninggal dunia.

Hasil autopsi mendapati punca kematian Noa adalah disebabkan hidrasi dan kelaparan yang teruk, kata sumber penyiasat. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

kejam, ibu, kekasih, kelaparan

Artikel Lain