suria

Dari gereja, masjid, muzium, kini Hagia Sophia bertukar status jadi masjid semula... laungan azan pertama disiarkan semua saluran berita utama Turki!

Bangunan ikonik Turki, Hagia Sophia. Foto: Getty Images

BANGUNAN ikonik Turki, Hagia Sophia yang dijadikan muzium sejak 1934, kini telah diisytiharkan bertukar status dan menjadi sebuah masjid semula.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengumumkan keputusan berkenaan selepas mahkamah membatalkan status bangunan itu sebagai muzium.

Hagia Sophia dibina 1,500 tahun lalu sebagai gereja Ortodoks ketika Konstantinopel menjadi tempat kelahiran Empayar Byzantine.

Selepas penaklukan Empayar Turki Uthmaniyyah yang dipimpin Sultan Mehmet pada 1453, ia telah ditukar menjadi masjid.

Namun pada 1934, pemerintah sekular menukarkannya kepada muzium dan dibuka kepada orang ramai.

Umat ​​Islam di Turki telah lama menggesa agar bangunan yang merupakan Tapak Warisan Dunia Unesco itu ditukarkan menjadi masjid tetapi anggota pembangkang sekular menentang langkah tersebut.

Sejurus selepas pertukaran status itu, laungan azan pertama berkumandang di Hagia Sophia dan ia disiarkan di semua saluran berita utama Turki. - BBC.Com

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain