suria

Degil enggan tandatangan akuan kuarantin, pasangan positif Covid-19 terpaksa pakai tag elektronik

Pasangan ini terpaksa dipakaikan tag elektronik gara-gara enggan menandatangani akuan kuarantin. Foto: Facebook

GARA-GARA berdegil enggan menandatangani arahan kuarantin, pasangan ini terpaksa akur memakai tag elektronik di pergelangan kaki mereka.

Elizabeth dan Isaiah Linscott dari Radcliff, Kentucky disahkan positif bagi wabak Covid-19, namun mereka menolak untuk menandatangani arahan kuarantin, iaitu akuan perjanjian untuk mengasingkan diri di rumah.

Di bawah undang-undang Kentucky, mereka yang didapati positif bagi wabak maut tersebut harus mengasingkan diri di rumah dan dikehendaki menghubungi pihak berkuasa sekiranya keadaan bertambah buruk.

Elizabeth, bagaimanapun tidak berasa selesa untuk menandatangani arahan tersebut.

"Kami tidak merompak kedai, kami tidak mencuri barang, kami tidak langgar lari, kami tidak melakukan sesuatu yang salah," kata wanita itu.

Susulan itu, pegawai kesihatan dan pihak polis terpaksa ke rumah pasangan tersebut dan memasangkan tag elektronik di pergelangan kaki mereka.

Kedua-duanya diletakkan di bawah tahanan rumah.

Di Kentucky, seramai 23,742 orang disahkan positif Covid-19 setakat ini.

Daripada jumlah itu, seramai 693 nyawa telah menjadi korban. - Mirror.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

kuarantin, Covid-19, tag elektronik

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan