suria

Gara-gara tak siap kerja sekolah, remaja dalam tahanan enam bulan

Seorang remaja ketika dihadapkan ke mahkamah. Foto CivicCenterTV/Youtube

GARA-gara gagal menyiapkan kerja sekolah, seorang pelajar perempuan kekal berada dalam tahanan selama enam bulan.

Remaja yang bermasalah dikenali sebagai Grace, dituduh melakukan serangan dan mencuri, tahun lalu.

Pelajar dari Michigan, Amerika Syarikat itu menggigit jari serta menarik rambut ibunya.

Menurut laporan Mirror Online, remaja berusia 15 tahun itu didapati bersalah mencuri telefon bimbit milik seorang pelajar.

Kesalahan itu menyebabkan hakim meletakkannya dalam fasa percubaan dalam tahanan juvana di Michigan, selama tiga bulan sehingga April, dengan syarat ketat dia perlu menyiapkan kerja sekolahnya.

Dua minggu kemudian pegawai pemantau percubaan kepada Grace, membuat aduan.

Pada 14 Mei, Hakim Bahagian Mahkamah Keluarga Oakland County, Mary Ellen Brennan, mendapati remaja itu bersalah kerana melanggar percubaan kerana gagal mengemukakan sebarang kerja sekolah dan gagal pergi ke sekolah.

Kegagalan memenuhi syarat itu menyebabkan tahanan juvana yang dikenakan terhadap remaja berkenaan disambung selama tiga bulan. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

kerja sekolah, tahanan,

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan