suria

1,400 liter cecair sanitasi tangan palsu dirampas, 2 individu ditahan polis

Pihak berkuasa melakukan serbuan pada Khamis lalu.

AMBIL kesempatan tatkala pandemik Covid-19 sedang melanda.

Begitulah kisahnya di India apabila polis berjaya merampas cecair sanitasi tangan palsu yang dijual secara berleluasa.

Bertindak atas aduan, polis Kolkata menyerbu dua lokasi pada Khamis lalu.

Hasilnya, mereka berjaya merampas 1,400 liter cecair sanitasi tangan palsu.

Turut ditahan dua lelaki iaitu Rajib Punjabi dan Jiauddin Basha, masing-masing berusia 43 tahun.

"Tiada label atau sijil pengilangan pada produk. Malah, mereka juga gagal menunjukkan sebarang dokumen," ujar seorang anggota polis.

Dua individu itu yang kini ditahan dijangka dibicarakan atas beberapa dakwaan tidak lama lagi. - India Today.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

polis, cecair sanitasi, serbuan

Artikel Lain