suria

Pantas! Lelaki ditangkap selepas dikesan pakai baju ‘berak’ ketika mencuri

John Hunt segera ditahan selepas dikesan memakai baju 'berak' ketika mencuri. Foto Wichita County Jail/Amazon

SEORANG lelaki berjaya ditangkap polis selepas dikesan memakai baju 'berak' ketika mencuri.

John Hunt mengaku mencuri di sebuah pasar raya Walmart di Wichita Falls, Texas, selepas polis mengenal pasti menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Baju yang dipakai suspek ketika kejadian memudahkan pengesanan dilakukan oleh pihak polis.

Hunt dipenjara selama sembilan selepas didapati mencuri sebanyak dua kali di gedung Walmart.

Antara barang yang dicurinya adalah dua sistem keselamatan rumah bernilai ratusan dolar.

Dia juga mempunyai rekod kesalahan lampau pada 2014, iaitu beberapa pertuduhan termasuk melakukan serangan, mencuri dan memandu tanpa memakai tali pinggang keledar. - Metro UK

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

pencuri, berak, Walmart,

Artikel Lain