SEORANG lelaki di India mengalami mimpi ngeri selepas seekor ular memasuki seluarnya. Dalam kejadian yang dilaporkan di Uttar Pradesh, seekor ular tedung memasuki dalam seluar seorang lelaki ketika tidur. Dia terpaksa berpaut pada sebatang tiang selama tujuh jam sebelum ular itu berjaya dikeluarkan. Menurut laporan Times Now, insiden berlaku di kampung Sikandarpur, menempatkan sekumpulan buruh yang bekerja memasang tiang dan wayar elektrik. Kesemua pekerja pulang ke rumah untuk tidur selepas makan malam. Lelaki malang itu, Lovekesh Kumar, sedang tidur ketika seekor tular memasuki dalam seluarnya pada tengah malam. Dia kemudian bangun selepas menyedari kehadiran ular itu dan terpaksa berdiri bagi memastikan dia tidak dipatuk reptilia tersebut. Video yang menunjukkan lelaki berkenaan ditanggalkan seluar sambil berpaut pada tiang, untuk usaha mengeluarkan ular berkenaan menjadi tular. - India Times Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!