DAPATKAH anda bayangkan individu yang tidak dikenali 'menghuni' kawasan luar kediaman untuk tempoh yang lama? Itulah situasi yang terpaksa dilalui oleh Cameron Weir, 46, dan ibunya Sheila, 71, apabila seorang lelaki memarkir sebuah van di luar kediaman rumah mereka di Stonehouse, Lanarkshire dan tinggal di dalam kenderaan itu selama tiga tahun! Cameron dan Sheila mendakwa kehadiran lelaki berkenaan, Andy Calvert telah mengganggu keluarga mereka sejak dia mula 'tinggal' di halaman tersebut. Aduan yang dilakukan ke majlis perbandaran bagaimanapun tidak membantu menyelesaikan masalah dua beranak ini sungguhpun tanah tersebut dimiliki oleh pihak berkenaan. "Kami diberitahu bahawa mereka tidak dapat bertindak kerana sekatan Covid-19 walaupun mereka boleh bertindak lama sebelum ini. "Ini sangat mengecewakan," kata mereka. Andy pula bertegas tidak akan berpindah selagi pihak majlis perbandaran, yang pernah mengusirnya dari flat kerana masalah sewa, tidak menyediakan kediaman baharu untuknya. "Selagi majlis tidak menawarkan pertolongan kepada saya, saya tidak akan ke mana-mana," kata lelaki berkenaan. - Mirror.co.ukNak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!