suria

Parti hari lahir berakhir tragedi, ibu dua anak tembak mati sahabat berlaku curang dengan tunang sendiri

Amy Brown (gambar kiri) menembak mati Amanda (kanan) selepas wanita itu curang dengan tunangnya. Foto: EXPRESSDIGEST.COM/Facebook

SEORANG ibu bertindak nekad membunuh sahabat baiknya selepas 'menangkap' wanita itu berlaku curang bersama tunangnya sendiri.

Amy Brown menganjurkan parti hari lahir di dalam sebuah camper van yang diparkir di luar kediamannya, di mana majlis itu turut dihadiri tunang, Brandon Fayard; sahabatnya Amanda Hill dan teman lelaki Amanda, Ben.

Ketika malam semakin larut, Brandon meminta diri mahu masuk ke dalam rumah Brown untuk tidur kerana perlu bekerja keesokan hari.

Tidak lama kemudian, Amanda juga memberitahu mahu masuk ke dalam rumah kerana beralasan mahu menggunakan tandas.

Curiga kerana sahabatnya masih belum keluar, Brown membuat keputusan untuk masuk ke dalam rumah 20 minit kemudian.

Bagaimanapun apa yang ditemui oleh ibu kepada dua orang anak ini begitu memeranjatkan di mana dia menemui sahabatnya berada di atas katil bersama tunangnya sendiri!

Pertengkaran yang berlaku kemudiannya berakhir dengan bunyi dua das tembakan.

Ketika sesi soal siasat, Brown mengaku menembak Amanda namun memberitahu tindakan itu kerana mahu mempertahankan dirinya selepas diserang sahabatnya itu. - Mirror.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

curang, tembak, sahabat, tunang

Artikel Lain