SEEKOR kucing comel dari Rusia menjadi bintang Instagram kerana mempunyai kaki pendek empat inci. Diberi nama Manchester, kucing itu mempunyai lebih 50,000 pengikut di laman sosial. Manchester yang berusia hampir dua tahun, dilahirkan dengan campuran dua baka iaitu Scottish dan Munchkin yang dikenali dengan kaki terlalu pendek. Kucing itu dibela oleh pemiliknya, Alexander Ushakov, 36, di Moscow, Rusia. "Manchester dilahirkan pada 15 September 2018 dan saya membelinya pada usia empat bulan," jelas Alexander. "Saya memutuskan untuk memanggilnya Manchester sebagai penghormatan kepada pasukan bola sepak kegemaran saya sejak 1998 iaitu Manchester United. "Saya buat akaun Instagram buatnya kerana saya fikir ia cukup comel untuk menggembirakan orang lain. Ternyata, ia ada ramai peminat!" tambahnya. - Mail Online Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!