SEORANG wanita membangkitkan kemarahan netizen apabila dia dikesan mengambil gambar tidak senonoh di kolam renang yang dipenuhi kanak-kanak. Video yang dikongsikan di akaun Twitter Influencers in the Wild itu menunjukkan keadaan kolam renang yang digunakan pengunjung lain, dan wanita berkenaan membuat gaya untuk rakaman foto. Dia mula mempamerkan aksi bersantai di tepi kolam renang itu, sementara rakannya mengambil gambar untuk akaun Instagramnya. Kedua-dua mereka mencetuskan kekecohan apabila beberapa pengunjung memandang ke arah mereka. Lebih berani, dia membuat aksi yang menampakkan punggungnya yang terdedah kepada orang ramai. Mereka yang menyaksikan video itu pada mulanya menyangka wanita itu berbogel, tapi dia sebenarnya memakai bikini kecil berserta thong. Bagaimanapun, tidak dipastikan bila video tersebut dirakamkan. - Daily Star Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!