suria

Lelaki sakit ereksi 3 bulan selepas bedah plastik hidung

Wajah Neven sebelum (kiri) dan selepas menjalani pembedahan plastik. Foto MDWfeatures/@nevencigi

GARA-gara melakukan pembedahan plastik pada hidung, seorang lelaki terpaksa mengalami kesakitan akibat ereksi selama tiga bulan.

Keadaan yang menimpa Neven Ciganovic itu membuatkan dia perlu menjalani tiga pembedahan untuk kembali pulih.

Kesakitan yang dialami akibat ereksi itu dipercayai berpunca daripada pembedahan plastik yang dilakukannya di Iran pada 2017.

Doktor bagaimanapun masih tidak mengetahui bagaimana ia boleh berlaku.

Namun, Neven percaya kesan sampingan tidak dijangka itu mungkin disebabkan oleh makanan tambahan yang diambilnya untuk meningkatkan stamina di gim.

Dia bernasib baik kerana masalah tersebut dapat diatasi selepas menjalani tiga pembedahan. - Metro UK

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain