suria

Lelaki menipu kononnya sakit kanser, telan 20 pil sehari agar tak ditinggalkan kekasih

Kevin Bevis, 38, memperdaya teman wanitanya, Karen Gregory, 50, agar mereka terus tinggal sebumbung.

DEMI cinta, lautan api pun sanggup aku renangi.

Begitulah kata-kata yang sering diluahkan dalam menggambarkan pengorbanan dalam sesebuah percintaan.

Begitu juga dengan lelaki ini yang sanggup menipu kononnya dia diserang sakit kanser sehingga sanggup menelan 20 pil sehari.

Tujuannya hanya satu, agar tidak ditinggalkan kekasihnya.

Kevin Bevis, 38, memperdaya teman wanitanya, Karen Gregory, 50, agar mereka terus tinggal sebumbung.

Namun, segalanya terbongkar apabila lelaki itu mula menunjukkan sikap panas baran sehingga wanita berkenaan membuat laporan polis.

Maklumat polis bagaimanapun menyatakan lelaki itu tidak menghidap sebarang penyakit sekaligus membongkar hal sebenar kepada wanita itu.

"Saya percaya kata-katanya. Dia bersama saya sewaktu ibu saudara saya meninggal dunia akibat kanser. Bagaimana dia boleh menipu hal sebegini?

"Saya sering jemput dia di hospital, dia akan bercerita mengenai jururawat di sana. Dia juga makan pelbagai pil.

"Rupa-rupanya ia sekadar vitamin biasa. Saya juga terjumpa vitamin itu sewaktu sedang kemas barangnya," ujar wanita itu.

Kata Gregory, mereka berkenalan menerusi Facebook pada 2016. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain