SATU rakaman memaparkan aksi dua pekerja menyimbah air panas ke dalam sebuah tong berisi tikus menjadi tular. Dirakam menerusi Snapchat, video itu kemudiannya meraih perhatian ramai selepas dikongsi di Facebook. Tidak didedahkan lokasi kejadian, ia bagaimanapun dipercayai berlaku di Portsmouth, Hampshire. Dalam rakaman berkenaan, seorang lelaki mencurahkan air panas ke atas haiwan berkenaan. Kemudiannya seorang lagi lelaki turut ketawa selepas haiwan tersebut mati. "Oh mereka dah senyap," kata salah seorang pelaku. Dalam pada itu, jurucakap badan kebajikan haiwan RSPCA berkata mereka turut menerima rakaman berkenaan. Malah, pihaknya memohon bantuan orang ramai dalam menjejaki pelaku berkenaan. - Daily Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!