suria

Gara-gara nak lalu jalan pintas pulang ke rumah, pesara pandu skuter jadi punca terowong sesak teruk

skuter sesak

SEORANG pesara telah menyebabkan berlakunya kesesakan yang teruk gara-gara tindakannya memandu skuter roda empat melalui sebuah terowong yang sibuk.

Pesara berusia 88 tahun itu dikatakan mahu mengambil jalan pintas untuk pulang ke rumah, namun tanpa sengaja melalui terowong Julio Luengo di Gran Canaria, Sepanyol.

Menerusi video yang tular, kelihatan pesara itu memandu skuternya yang bergerak perlahan di tengah-tengah kesibukan trafik tanpa menyalakan sebarang lampu.

Kedengaran pengguna jalan raya membunyikan hon berkali-kali gara-gara terpaksa memperlahankan kenderaan masing-masing dan mengikut 'kelajuan' skuter berkenaan.

Akhbar tempatan melaporkan, pegawai polis tiba tidak lama kemudian dan mengiringi pesara itu sehingga keluar terowong bagi mengelakkan berlakunya kemalangan.

Lelaki itu mengatakan dia tidak menyedari bahawa tindakannya merupakan satu kesalahan, dan polis memutuskan untuk tidak mendakwanya. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

skuter, terowong, sesak, jalan pintas

Artikel Lain