suria

Budak 6 digelar Lionel Messi versi cilik, dikecam netizen gara-gara pamer ‘six-pack’

Arat menanam impian untuk menjadi pemain terbaik di dunia suatu hari nanti.

BARU sahaja berusia enam tahun, kanak-kanak ini mencuri perhatian ramai gara-gara fizikalnya yang kelihatan cukup 'sado' seperti lelaki dewasa.

Arat Hosseini yang berasal dari Iran turut digelar sebagai Little Messi, sempena pemain Argentina, Lionel Messi gara-gara kebolehannya dalam sukan bola sepak.

Berpindah ke Merseyside, England pada tahun lalu, dia kini disambar oleh akademi bola sepak Liverpool FC.

"Tiada sesiapa seperti Arat. Dia kurniaan istimewa dari Tuhan.

"Saya bangga kerana budak lelaki kecil sepertinya akan membawa kebanggaan buat orang Iran," ujar bapanya, Erfan yang berusia 45 tahun.

Antara pengorbanan yang dilakukan selama ini, Erfan sekeluarga turut mengosongkan satu ruangan dalam kediaman mereka untuk memberi peluang kepada Arat melakukan latihan bola sepak.

Malah, dia akan berlatih selama tiga jam sehari.

Menurut Arat, dia menanam impian untuk menjadi pemain terbaik di dunia suatu hari nanti.

Dalam pada itu, foto badannya yang memiliki 'six-pack' turut dikecam sebilangan pengguna internet yang menyifatkan ia tidak sesuai dengan umurnya.

Namun kata bapanya, dia enggan ambil pusing segala kecaman dan mahu fokus perkara positif sahaja. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Arat Hosseini, Lionel Messi, six pack

Artikel Lain