suria

Sambut hari lahir ke-116, individu tertua di AS dedah rahsia panjang umur... menariknya, tak pernah dirawat di hospital hingga berumur 108 tahun!

Hester Ford dilahirkan di Lancaster, South Carolina pada tahun 1904.

SEORANG wanita menjadi individu tertua di Amerika Syarikat (AS) selepas meraikan ulang tahunnya yang ke-116 pada Khamis lalu.

Hester Ford dilahirkan di Lancaster, South Carolina pada tahun 1905 dan telah tinggal di rumah yang sama di bandar Charlotte selama 59 tahun.

Hester pada mulanya percaya dia dilahirkan pada tahun 1905, tetapi data bancian yang ditemui tahun lalu menunjukkan bahawa dia dilahirkan setahun sebelumnya.

Ditanya mengenai rahsia umur yang panjang, Hester menyenaraikan dua perkara iaitu ikatan kekeluargaan dan kepercayaan kepada Tuhan.

Fakta menarik mengenai Hester, wanita ini akan mengambil setengah biji pisang ketika bersarapan setiap hari.

Hester juga tidak memerlukan rawatan di hospital untuk sebarang penyakit sehinggalah dia mencapai usia 108 tahun.

Wanita ini mempunyai 12 cahaya mata, 48 cucu dan lebih 200 cicit. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain