SEORANG wanita cemas apabila dia menemui sebuah kamera dalam bilik mandi kediamannya di Zhejiang, China. Terkejut akan hal itu, dia membuat laporan polis untuk menyiasat dalang di sebalik perbuatan terkutuk itu. Hasil siasatan, mangsa yang dikenali sebagai Xiao Ni mendapat tahu bahawa kamera tersebut dipasang oleh rakan baik suaminya. Difahamkan, suspek dan mangsa sebelum ini menetap bersama dalam sebuah rumah yang disewakan oleh syarikat mereka bekerja. Suspek juga ditahan sejak 3 Ogos lalu selepas mengaku atas perbuatan tersebut. Dalam pada itu, suspek turut mendedahkan bagaimana dia melekatkan kamera itu pada bahagian bawah sinki. Malah katanya, dalam tempoh 24 jam selepas dipasang, dia berjaya merekod tujuh video melibatkan isteri rakannya itu. - Daily Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!