SEORANG lelaki dijatuhkan hukuman penjara selepas didapati bersalah membunuh bekas isterinya yang sakit tenat. Dikenali sebagai Cornelius Van Der Ploeg, 64, dia menziarahi wanita itu di sebuah kediaman di Costessey, Norfolk sebelum melakukan perbuatan berkenaan. Difahamkan, dia ada meminta ahli keluarga agar meninggalkan mereka berdua dalam sebuah bilik. Setengah jam kemudian, dia keluar dan memberitahu sudah menamatkan riwayat bekas isterinya itu dengan cara melemaskannya. Mangsa sebelum ini jatuh sakit sebelum keadaan kesihatannya semakin merosot. Selepas dibicarakan, lelaki itu diarah menjalani hukuman penjara selama enam tahun. - Mirror. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!