suria

Buat kejutan hadiah hari jadi anak ke-18, ramai ibu bapa kata idea DIY bernas

Kejutan yang dibuat oleh seorang ibu sempena hari jadi anaknya ke-18. Foto Facebook/Daily Star

SEORANG ibu berkongsi mengenai hadiah DIY (Do it yourself) untuk hari jadi anak lelakinya ke-18 secara dalam talian.

Perkongsian itu ternyata membuatkan ibu bapa dan remaja lain berasa amat teruja.

Caylan yang menyambut ulang tahun ke-18 pada bulan lalu menerima hadiah berupa beberapa kad.

Ibunya meletakkan beberapa kad hadiah pada papan notis dengan nota setiap satunya, bagi mencadangkan idea apa yang boleh dilakukan dengan setiap pemberian tersebut.

Turut terdapat nota ucapan 'Selamat Hari Ulang Tahun ke-18 Caylan'.

Selain kad-kad hadiah berupa baucar dan elektronik dompet, ibunya turut meletakkan kad debit MasterCard.

Ini termasuk kad elektronik untuk menggunakan perkhidmatan Uber.

Rata-rata ibu bapa memuji dengan idea bernas menghadiahkan kad-kad tersebut kepada anak mereka. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain