SEBUAH restoran di China membangkitkan kemarahan orang ramai apabila meminta pelanggan untuk menimbang berat mereka terlebih dahulu sebelum memadankannya dengan saiz hidangan mereka. Tindakan itu susulan kempen yang dilancarkan di seluruh negara untuk mengelakkan pembaziran makanan ekoran pandemik Covid-19. Bagaimanapun, sebuah restoran di bandar Changsha bertindak keterlaluan apabila meletakkan dua penimbang besar di pintu masuk premis itu. Kakitangan dilaporkan meminta pelanggan untuk mengisi berat mereka di dalam aplikasi yang boleh mencadangkan item pada menu. Dilaporkan oleh BBC bahawa kekecohan berlaku di media sosial China, dengan tanda pagar mengenai restoran itu dilihat lebih 300 juta kali menerusi platform sosial, Weibo. Restoran tersebut kemudian tampil membuat permohonan maaf terhadap tafsirannya berhubung kempen nasional bagi mengelakkan pembaziran itu.- Daily Star Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!