suria

Presiden Portugal jadi wira selamatkan dua wanita terumbang ambing tengah laut gara-gara kayak terbalik

Presiden Portugal, Marcelo Rebelo de Sousa (kiri) berenang ke tengah laut untuk menyelamatkan dua wanita selepas kayak dinaiki mereka terbalik. Foto: Radiotelevisao Portuguesa

PRESIDEN Portugal, Marcelo Rebelo de Sousa menjadi 'wira' apabila membantu menyelamatkan dua wanita yang terumbang ambing di tengah lautan selepas kayak mereka terbalik.

Presiden berusia 71 tahun itu kebetulan berada di pantai Praia do Alvor bagi mempromosikan pelancongan di sana.

Sebaik sahaja menyedari dua wanita sedang bergelut dengan ombak di tengah laut, presiden itu tanpa berlengah berenang menuju ke arah mangsa untuk menawarkan pertolongan.

Rakaman video yang tular memperlihatkan Marcelo berenang ke laut untuk membantu kedua-dua wanita berkenaan.

Rakaman juga menunjukkan beberapa lelaki yang menaiki jet ski turut menghulurkan pertolongan.

Marcelo kemudian memberitahu pemberita bahawa kedua-dua wanita itu dibawa ombak daripada pantai yang berdekatan.

Dalam pada itu, beliau sempat menitipkan pesanan kepada wanita berkenaan agar lebih berhati-hati pada masa akan datang. - BBC.Com

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain