suria

Penulis biografi dedah Harry, William tak bertegur sapa berbulan lamanya... hubungan mungkin ambil masa lama untuk pulih

Hubungan antara pasangan Sussex dan Cambridge itu dingin sejak berbulan lamanya. Foto: Rex

PENULIS buku biografi diraja Finding Freedom, Omid Scobie mendedahkan Putera Harry dengan abangnya, Putera William sudah tidak berhubung antara satu sama lain sejak berbulan lamanya.

Menerusi satu wawancara True Royalty TV, Scobie berkata dia percaya hubungan dingin tersebut akan memakan masa yang lama untuk pulih.

Menurutnya, punca kepada keretakan tersebut adalah disebabkan tindakan Harry dan isterinya, Meghan Markle yang mengumumkan 'pengunduran' mereka daripada keluarga diraja menerusi Instagram.

Ujarnya, William terlalu marah setelah Harry dan Meghan secara terbuka mengumumkan keputusan mereka kepada umum.

Pasangan Duke dan Duchess of Sussex itu dilaporkan membuat kenyataan tanpa pengetahuan keluarga mereka.

Scobie juga mendedahkan hubungan antara Meghan dengan birasnya, Kate Middleton turut tidak begitu baik.

Ada dakwaan mengatakan ketegangan hubungan antara pasangan Sussex dan Cambridge itu bermula lebih awal sebelum Harry dan Meghan mengumumkan rancangan untuk berundur daripada keluarga diraja pada Januari lalu. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain