suria

Demi menikmati kari, tiga sahabat sanggup 'terbang' sejauh 200 batu ke restoran kegemaran... siap belanja lebih RM 1,000 untuk tapau!

Tiga sahabat ini sanggup terbang sejauh 200 batu untuk menikmati kari kegemaran mereka. Foto: Triangle News

SANGGUPKAH anda memandu jauh semata-mata mahu menikmati hidangan kegemaran?

Tiga sahabat ini membuktikan jarak bukan penghalang apabila mereka sanggup 'terbang' sejauh 200 batu semata-mata mahu menikmati kari!

Danial Sabhani, 52, membawa dua rakannya Simon Ledger, 43, dan Mike Figg, 39, menaiki pesawat ringan miliknya untuk pergi ke restoran Lahore Spice yang terletak berhampiran Harrow di barat laut London.

Mereka bertolak dari Lapangan Terbang Sandown di Isle of Wight dan sejurus tiba di Elstree Aerodrome, tiga sahabat ini memandu kereta selama 15 minit untuk ke restoran berkenaan.

Untuk hidangan kari, mereka membelanjakan sekitar RM 274 (£ 50) untuk makan di restoran dan membelanjakan RM 1,098 untuk membungkus dan membawa pulang ke Isle of Wight.

Dengan 40 minit di udara, 15 minit memandu ke restoran, tiga sahabat ini mengambil masa kurang dari dua jam secara keseluruhannya untuk 'kembara kari' mereka. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain