LAIN dari yang lain. Begitulah kisahnya melibatkan sebuah tandas awam yang dibina di Tokyo, Jepun. Dibuka bermula minggu ini, ia dibina dengan dinding kaca lutsinar sehingga mengundang perhatian ramai. Namun jangan risau, ia hanya bersifat lutsinar apabila kosong sahaja dan akan bertukar gelap apabila ada pengguna di dalamnya. Kata pereka, dia mahu pengguna melihat dekorasi dalam tandas itu sebelum mereka masuk untuk menggunakannya. Malah, pereka tersebut juga mahu tandas berkenaan menjadi tarikan pelancong di Tokyo. - Daily Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!