SEORANG pekerja kelab tarian bogel disyaki menjadi punca jangkitan Covid-19 kepada lebih 550 pelanggan. Wanita tidak dikenali itu disahkan positif Covid-19 selepas membuat persembahan sebanyak empat kali awal bulan ini. Difahamkan, sekitar 550 pelanggan berkunjung ke kelab itu, sekaligus memaksa pengesanan kontak dilakukan oleh pihak berkuasa. Terletak di Toronto, Kanada, kelab itu juga berhadapan kesukaran menjejaki pelanggan memandangkan ada yang menggunakan identiti palsu sewaktu kunjungan mereka. Malah, pihak berkuasa mendedahkan kelab itu tidak mengikuti arahan penjarakkan sosial yang ditetapkan, sekaligus meningkatkan lagi ancaman penularan. - Daily Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!