suria

Ngeri! Mahu kemas rumah, wanita jumpa rangka mayat abang selepas 5 tahun hilang

Seorang wanita menemui rangka abangnya yang hilang, di rumah ini. Foto newsflash

RANGKA mayat seorang lelaki yang hilang lima tahun lalu, ditemui oleh adik perempuannya ketika membersihkan rumah yang dikongsi mereka.

Sumio Suenaga berusia 66 tahun ketika hilang dari rumahnya di Aichi Prefecture, Jepun, pada 2015.

Dia berkongsi sebuah rumah di bandar Kasugai bersama adik lelaki dan adik perempuannya.

Bagaimanapun, kedua-dua adiknya tidak membuat laporan mengenai kehilangannya sehingga tahun berikutnya.

Minggu lalu, adik perempuan Sumio yang berusia 69 tahun mahu menggunakan bilik abangnya, tetapi perlu membersihkannya terlebih dahulu.

Bagaimanapun, sebaik melangkah masuk ke bilik abangnya, dia menemui sesuatu yang mengerikan.

Dalam bilik yang tidak pernah diusik itu, dia menemui rangka manusia tanpa pakaian.

Laman web berita Jepun, Sora News 24 melaporkan bahawa wanita menghubungi polis berhubung penemuan rangka manusia itu.

Polis yang tiba di lokasi kejadian kemudian mengesahkan bahawa ia adalah rangka manusia yang dikatakan telah meninggal dunia beberapa tahun.

Walaupun penyiasat masih belum mengesan umur dan jantina rangka itu, mereka percaya ia adalah Sumio.

Punca kematian masih disiasat. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

ngeri, rangka, manusia, hilang,

Artikel Lain