suria

Tak sempat habis makan malam, ketua mafia maut ditembak di kepala

Nadir Salifov maut ditembak sewaktu sedang menikmati makan malam.

SEORANG ketua kumpulan gangster mati ditembak sewaktu sedang menikmati makan malam.

Nadir Salifov, atau turut dikenali sebagai Lotu Quli sememangnya terkenal sebagai antara gangster paling kaya di Rusia dan terlibat dalam banyak perbuatan jenayah di negara itu.

Menurut laporan media tempatan, dia yang berusia 47 tahun ditembak di kepala oleh seorang individu yang sedang makan malam bersamanya di sebuah restoran di Antalya, Turki, baru-baru ini.

Pasukan polis bergegas ke lokasi kejadian, namun suspek berjaya meloloskan diri.

Bagaimanapun, dia berjaya ditahan polis menerusi sekatan jalan di sebuah lebuh raya.

Untuk rekod, Salifov sebelum ini pernah dijatuhkan hukuman penjara atas jenayah bunuh yang dilakukan sebelum dibebaskan pada 2017. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain