suria

Tampil gaya rambut berbeza, Kate beri petanda sedang menanti kehadiran cahaya mata ke-4?

Kate dilihat memberi petanda menerusi gaya rambut sebagaimana sewaktu fasa hamil sebelum ini. Foto: Getty Images

ISTERI kepada pewaris takhta diraja Britain, Kate Middleton dikesan memberi bayangan dirinya sedang bersiap sedia menantikan ketibaan ahli baharu dalam keluarganya.

Duchess of Cambridge itu diperhatikan memberi tanda-tanda sebagaimana sewaktu dirinya sedang dalam fasa hamil sebelum ini.

Paling ketara, Kate tampil dengan gaya rambut yang berbeza sama seperti sewaktu dirinya sedang hamil putera ketiga, Putera Louis.

Ketika kehamilan ketiga itu, Kate memilih untuk memotong rambutnya pendek, dan lari daripada gaya kebiasaannya 'big and bouncy Chelsea blow dry'.

Kate kembali kepada gaya ikoniknya selepas melahirkan Louis, dengan penata rambut selebriti, James Johnson menyifatkan gaya itu sesuai untuknya di kala perlu mengawasi tiga anak yang masih kecil.

Beberapa bulan kebelakangan ini, tersebar khabar angin mengatakan Duchess of Cambridge itu sedang hamil cahaya mata keempat, apatah lagi Kate dikesan memberikan beberapa 'petanda', antaranya mengelakkan minuman beralkohol dan kerap meletakkan tangan di perut.

Kate dan suaminya Putera William sudah mempunyai tiga orang cahaya mata iaitu Putera George, 6, Puteri Charlotte, 4, dan Putera Louis, 2 tahun. - Express.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain