SEORANG remaja perempuan berusia 16 tahun dirogol oleh sekumpulan 30 lelaki di bilik sebuah hotel di Israel. Mangsa yang ketika itu berada dalam keadaan mabuk dikatakan mahu menggunakan bilik air. Dia kemudian dibawa ke bilik sebuah hotel, iaitu Hotel Red Sea yang terletak di pusat peranginan di Eilat dan dirogol beramai-ramai. Beberapa lelaki dalam kumpulan itu turut merakam insiden berkenaan menggunakan telefon bimbit. Difahamkan, mangsa bukan penghuni hotel berkenaan sebaliknya dia hanya berlibur bersama teman-temannya di pantai berdekatan hotel itu, kata polis. Insiden berkenaan turut mendapat perhatian Perdana Menteri Israel, Benyamin Netanyahu. Di dalam Twitter, Netanyahu mengecam insiden berkenaan dan menyifatkan pelakunya bukan sahaja melakukan jenayah kepada remaja itu, sebaliknya turut melakukan jenayah terhadap nilai kemausiaan. - Dailystar Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!