suria

Selepas bertahun-tahun wajah penuh jambang, wanita ini ambil keputusan berhenti cukur

Alma nekad tidak mahu mencukur bulu pada wajah dan lebih yakin dengan jambangnya. Foto SWNS.com

SEORANG wanita mengalami sindrom ovarium polikistik (PCOS), mengakibatkan rambuh tumbuh di wajahnya.

Dia bagaimanapun kemudian mengambil keputusan untuk berhenti mencukur rambut berkenaan.

Alma Torres, 27, yang berasal dari Bronx, New York di Amerika Syarikat mengalami keadaan hormon tersebut pada usianya baru 15 tahun.

Sejak itu, jambang tumbuh memenuhi wajahnya.

Namun, selepas lapan tahun cuba menanggalkan bulu-bulu pada wajahnya dengan mencukur dan pelbagai kaedah lain, dia memilih untuk membiarkannya tumbuh sebagai jambang.

Menurut Alma, keputusannya itu adalah perkara terbaik yang pernah dilakukannya dalam hidup.

Jelasnya, dia pertama kali mencukur bulu-bulu pada wajahnya ketika berusia 16 tahun selepas menjadi mangsa buli rakan-rakan sekelas.

Namun, Alma mendakwa dia kini lebih menyukai tubuh badannya yang semula jadi dan tidak terkesan dengan pandangan negatif masyarakat. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain