PRESIDEN Turki, Recep Tayyip Erdogan memerintahkan sebuah lagi gereja lama ditukarkan sebagai sebuah masjid, menurut laporan AFP. Keputusan itu dibuat selepas sebulan bangunan warisan dunia Unesco, Hagia Sophia kembali menjadi masjid. Kedua-dua perubahan itu mencerminkan usaha Erdogan untuk menggembleng penyokongnya yang lebih konservatif dan nasionalis ketika Turki menghadapi inflasi baharu dan ketidakpastian ekonomi yang disebabkan oleh pandemik Covid-19. Keputusan tersebut bagaimanapun menambahkan ketegangan di Turki dengan negara jiran, Greece dan gereja-gereja lain. Kementerian Luar Greece menyebut keputusan itu sebagai 'satu satu lagi provokasi terhadap orang-orang beragama di mana-mana' oleh pemerintah Turki. Bangunan bersejarah berusia 1,000 tahun itu hampir sama dengan sejarah Hagia Sophia, yang terletak di tebing barat muara Golden Horn di sebelah bahagian Eropah di Istanbul. - India Times Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!