suria

Bos akui tak boleh tidur selepas lihat ‘hantu pengantin’ di tempat kerja

Imej entiti berkenaan dirakam pada 18 Ogos lalu.

SEORANG ketua di firma keselamatan mengakui takut selepas mendakwa terlihat entiti mistik berpakaian pengantin di sebuah tapak bangunan tempat dia bekerja.

Malah, foto entiti itu turut berjaya dirakam dengan kamera keselamatan sekaligus menimbulkan perdebatan mengenai kesahihannya.

Menurut Adam Lees, 47, foto berkenaan dirakam pada 18 Ogos lalu.

Ujarnya lagi, dia sukar untuk tidur selepas melihat entiti tersebut.

"Pada hari kejadian, kami kesan ada pergerakan menerusi kamera keselamatan di tapak itu.

"Imej itu muncul pada laptop, jadi saya buat semakan dan mengarahkan pengawal saya buat rondaan, namun mereka gagal menemui sesiapa di situ.

"Ia sangat aneh, tapi saya tak boleh tidur sepanjang malam itu," ujarnya. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain