suria

Bimbang tak bebas ketika perintah berkurung akibat Covid-19, remaja nekad bunuh diri

Emily ditemui menggantung diri di kediaman keluarganya. Foto East Anglia News Service

SEORANG remaja nekad membunuh diri ketika perintah berkurung akibat pandemik Covid-19, berikutan kebimbangannya mengenai hilang kebebasan, menurut pendengaran inkues.

Emily Owen, 19, bimbang dan mengalami kesukaran apabila berlaku pandemik yang dikhuatiri menyebabkan dia tidak dapat bekerja dan keluar rumah.

Menurut pendengaran inkues di Mahkamah koroner Norfolk di Norwich, United Kingdom, Emily sebelum ini mencari masa depan yang cerah.

Memetik laporan The Sun, beberapa hari sebelum kematian Emily, keluarga remaja itu memutuskan untuk melakukan kuarantin sendiri selepas salah seorang adik-beradiknya mengalami batuk.

Emily yang kesedihan ditemui menggantung diri oleh ibu dan kakaknya di kediaman keluarga mereka di Shouldham, Norfolk pada 18 Mac.

United Kingdom melaksanakan sebahagian perintah berkurung pada 16 Mac apabila orang ramai dinasihatkan untuk mengelakkan hubungan sosial.

Perintah berkurung sepenuhnya dilakukan seminggu selepas itu, dengan menyaksikan keda-kedah yang bukan keperluan diraha tutup dan semua diminta untuk berada di rumah. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain