suria

Spekulasi keadaan kesihatan Kim Jong-un kembali bertiup, terbaharu dilaporkan sedang koma... adik perempuan ambil alih pemerintahan

Kim Jong-un dilapor telah menyerahkan sebahagian kuasa pemerintahan kepada adik perempuannya Kim Yo-jong beberapa hari lalu. Foto: The Star

SPEKULASI mengenai keadaan kesihatan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un kembali bertiup kencang.

Terbaharu pemimpin diktator itu dipercayai berada dalam keadaan koma, dakwa seorang bekas pegawai Korea Selatan.

Chang Song-min, bekas pembantu Presiden Korea Selatan, Kim Dae-jung mendakwa, ia susulan langkah dibuat Jong-un yang menyerahkan sebahagian kuasa pemerintahan kepada adik perempuannya Kim Yo-jong beberapa hari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Khabar angin kematian Kim Jong-Un bertiup kencang, belum ada pengesahan rasmi Korea Utara

ARTIKEL BERKAITAN: Trump luah rasa gembira Kim Jong-un muncul semula dalam keadaan sihat

"Saya merasakan dia (Jong-un) berada dalam keadaan koma, tetapi dia masih hidup," katanya kepada media Korea Selatan.

Song-min menambah adik perempuan kepada Jong-un itu bersedia membantu memimpin negara berkenaan.

"Struktur penggantian yang lengkap belum terbentuk, jadi Kim Yo-jong dibawa ke depan kerana kekosongan tidak dapat dipertahankan untuk jangka waktu yang lama," katanya.

Dakwaan Song-min muncul selepas perisik Korea Selatan mendedahkan bahawa Yo-jong yang berusia 33 tahun kini berfungsi sebagai pemimpin 'de facto kedua', walaupun dia belum dilantik secara rasmi sebagai pengganti abangnya.

Keadaan kesihatan Jong-un mula diperkatakan sejak April lalu susulan kelibatnya tidak kelihatan pada sambutan ulang tahun kelahiran datuknya, Kim Il Sung, iaitu hari paling penting dalam kalendar politik Korea Utara.

Jong-un dilaporkan kali terakhir muncul di hadapan khalayak adalah pada 1 April ketika menghadiri mesyuarat kerajaan.

Susulan itu, timbul spekulasi mengatakan Jong-un sedang tenat selepas menjalani pembedahan jantung, malah ada media melaporkan pemimpin itu sudah meninggal dunia.

Bagaimanapun, awal Mei lalu, agensi berita Korea Utara melaporkan Jong-un akhirnya membuat kemunculan pertama di hadapan khalayak selepas 20 hari khabar angin kematiannya bertiup kencang. - Marketwatch.com

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain