PANDEMIK Covid-19 yang menyerang seluruh dunia meninggalkan impak yang besar kepada setiap individu. Menyedari kebanyakannya stres gara-gara wabak berkenaan, sebuah syarikat produksi di Jepun menawarkan 'hiburan' kepada mana-mana individu yang berhasrat mahu melepaskan tekanan. "Pandemik ini memberi tekanan, dan kami berharap orang mendapat sedikit kelegaan dengan menjerit," kata Kenta Iwana, koordinator syarikat produksi Kowagarasetai atau 'Scare Squad'. Menerusi 'hiburan' berkenaan, mereka yang mengambil bahagian akan berbaring di keranda sambil dikelilingi oleh 'zombi' yang mengerikan. Dengan melabur beberapa yen, mereka akan ditakutkan selama 15 minit oleh zombi-zombi berkenaan. - Metro.co.uk Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!