suria

Badan berpeluh, jurulatih kecergasan berang jadi mangsa gangguan seksual ketika bersenam di gim

Bella mengakui sering menerima gangguan seksual sewaktu berada di gim.

SEORANG gadis mengakui sering mangsa gangguan seksual sewaktu bersenam di gim.

Bella Barnes, 21, yang bekerja sebagai jurulatih kecergasan, membuat pendedahan itu menerusi laman Instagram miliknya yang memiliki hampir 9,000 pengikut.

Kata Bella, perkara itu sudah berlaku berulang kali termasuklah jenaka lucah seorang lelaki yang mengakui seronok melihat dirinya dalam keadaan berpeluh.

"Sejujurnya di sesetengah gim, saya sudah terbiasa dengan perkara itu.

"Ia bukan masalah wanita, tetapi lelaki gagal mengawal diri mereka apabila berada dalam kalangan wanita di gim.

"Namun, tidak semua begitu. Ada masanya lelaki dan wanita berbual dengan elok di gim.

"Namun kadang-kala ia boleh jadi menakutkan," dedahnya.

Susulan itu, Bella turut memulakan gerakan #GymInPeace untuk meningkatkan kesedaran mengenai gangguan seksual di gim.

Malah, dia turut merancang membuka gim khusus untuk wanita suatu hari nanti. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain