suria

Salah rentak tari, gadis pasukan sorak meninggal dunia selepas didenda lari keliling padang

Mangsa meninggal dunia selepas sehari dimasukkan ke ICU.

SEORANG ahli pasukan sorak meninggal dunia selepas didakwa didenda berlari mengelilingi padang akibat kesalahan dalam rutin tarian.

Phornphiphat Eaddam, 20, membuat persembahan bersama pasukannya di selatan Thailand pada 19 Ogos lalu.

Lebih dikenali sebagai Mint, dia dikatakan membuat beberapa kesilapan dalam persembahan tersebut sebelum didenda berlari mengelilingi padang sebanyak lapan pusingan.

Dia berjaya menghabiskan tujuh pusingan sebelum rebah dan dikejarkan ke hospital berdekatan.

Sehari selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), gadis itu menghembuskan nafasnya yang terakhir di hospital.

Kes tersebut juga kini sedang disiasat oleh pihak berkuasa. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain