TAK senonoh! Itulah perkataan yang paling sesuai bagi menggambarkan tindakan seorang lelaki yang menceroboh masuk sebuah kedai mencuci kereta dan mandi bertelanjang di premis tersebut. Kejadian tersebut berlaku di sebuah kedai mencuci kereta yang baharu dibuka di Sunshine Coast, selatan Queensland, Australia pada tengah malam Sabtu lalu. Kamera litar tertutup (CCTV) Parkland's Car and Dog Wash merakam aksi lelaki berkenaan yang memegang hos air dan seorang sahabatnya pula memegang telefon bimbit. Kemudian lelaki berkenaan menghulurkan hos berkenaan kepada rakannya yang berpakaian lengkap, sebelum dia berlari-lari di dalam premis berkenaan ketika disembur air. Pemilik premis berkenaan, Geoff Bowen hanya menyedari sesuatu yang tidak kena apabila melihat hos air tidak diletakkan di tempat yang betul. Dia kemudiannya memeriksa CCTV sebelum menemui rakaman tidak senonoh tersebut, lantas memuat naik video itu di laman Facebook kedainya. - Dailystar Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!