suria

Pekerja rumah pengkebumian terkejut, gadis OKU tiba-tiba bernafas dan buka mata selepas beberapa jam diisytihar meninggal dunia

Timesha membuka mata selepas beberapa jam diisytihar meninggal dunia. Dia kemudian dikejarkan ke hospital. Foto: Dailystar

SEORANG gadis berusia 20 tahun yang sudah diisytiharkan meninggal dunia beberapa jam sebelumnya, mengejutkan pekerja di sebuah rumah pengkebumian apabila secara tiba-tiba membuka mata.

Pasukan paramedik tiba di kediaman Timesha Beauchamp, 20, selepas ahli keluarganya membuat panggilan kecemasan ekoran gadis itu tidak memberikan respon.

Percubaan paramedik untuk menyelamatkan gadis berkelainan upaya itu bagaimanapun gagal.

Mayat Timesha kemudian dihantar ke rumah pengkebumian untuk proses pembalseman, suatu proses untuk menjaga penampilan mayat yang melibatkan penggantian darah dan cairan tubuh lain dengan larutan pembasmi kuman.

Bagaimanapun ketika pekerja rumah pengkebumian itu membuka beg mayat, mereka terkejut melihat Timesha masih bernyawa dan matanya terbuka.

Gadis itu segera dikejarkan ke hospital.

Bagaimanapun doktor memberi peringatan kepada keluarga Timesha bahawa gadis itu berkemungkinan tidak dapat bertahan dalam tempoh beberapa hari akan datang. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain