SEORANG wanita memfailkan saman terhadap sebuah syarikat penerbangan tambang rendah, easyJet gara-gara dia diarahkan untuk menukar tempat duduknya sebanyak dua kali. Melanie Wolfson, menuntut ganti rugi berjumlah kira-kira RM 83,000 (£ 15,000) di atas 'pengalaman buruk' yang dialami ketika dalam penerbangan dari Tel Aviv ke London. Dalam tuntutan saman itu, ia menyatakan bahawa Wolfson menaiki penerbangan pada Oktober lalu dan duduk di kerusi di mana dia membayar lebih untuk tempat duduk berkenaan. Bagaimanapun seorang penumpang lelaki Yahudi Ortodoks bersama anak lelakinya yang duduk di barisan sama dengan Wolfson, meminta wanita itu berpindah dan bertukar tempat duduk dengan penumpang lain kerana berlainan jantina. "Saya tiada masalah untuk menukar tempat duduk sekiranya ada penumpang mahu dekat bersama ahli keluarga atau rakan mereka, tetapi dalam situasi ini saya diminta untuk berpindah kerana saya seorang wanita, sebab itu saya tolak," kata Wolfson. Kata wanita itu lagi, insiden itu merupakan satu bentuk penghinaan dan memalukan dirinya. - Metro.co.uk Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!