suria

Gara-gara panas sangat, wanita selamba keluar ke sayap pesawat

Tindakan seorang wanita yang membuka pintu kecemasan pesawat dan keluar berjalan ke bahagian sayap. Foto instagram/Mirror

SEORANG wanita menggemparkan para penumpang apabila bertindak keluar dari sebuah pesawat dan berjalan ke bahagian sayap.

Rakaman video menunjukkan seorang wanita berjalan ke bahagian sayap selepas membuka pintu kecemasan gara-gara berasa terlalu panas.

Menerusi klip video itu, dia dilihat berdiri di sayap pesawat Boeing 737-86N bagi penerbangan dari Antalya di Turki.

Seorang penumpang berkata: "Pesawat telah mendarat dan hampir kesemua penumpang telah keluar.

"Dari belakang, dia berjalan sehingga ke barisan pintu kecemasan, membuka pintu dan keluar," katanya.

Ekoran kejadian itu, juruterbang menghubungi pasukan kecemasan, polis dan pegawai imigresen.

Wanita berkenaan kembali masuk ke dalam pesawat dengan selamat.

Dia bagaimanapun tidak dapat memberikan penjelasan kepada polis berhubung tindakannya yang luar biasa itu.

Dilaporkan, wanita berkenaan memberitahu pihak berkuasa bahawa dia berasa terlalu panas.

Wanita yang menaiki pesawat ersama suami dan dua anaknya itu disahkan bebas daripada dadah dan minuman beralkohol. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

sayap pesawat, selamba, jalan, keluar, panas,