suria

Pelik tapi benar! Lapan kali dipatuk ular sama, remaja masih terselamat walaupun beberapa kali masuk hospital

Remaja bernama Yashraj Mishra dipatuk oleh ular yang sama sepanjang satu bulan yang lalu dan dia masih terselamat sehingga kini. Gambar hiasan

PELIK tapi benar.

Itulah kata-kata yang sesuai bagi menggambarkan situasi yang dialami oleh seorang remaja dari sebuah kampung di Uttar Pradesh, India apabila mengakui sudah lapan kali menjadi mangsa patukan ular.

Anehnya, Yashraj Mishra, 17, dipatuk oleh ular yang sama sepanjang satu bulan yang lalu dan dia masih terselamat sehingga kini.

Akibat patukan tersebut, dia sudah beberapa kali dimasukkan ke hospital. Kali terakhir remaja itu dipatuk adalah pada 25 Ogos lalu.

"Kali ketiga anak saya dipatuk ular itu, saya menghantarnya ke rumah saudara saya di Kampung Bahadurpur. Beberapa hari kemudian, anak saya melihat ular yang sama di rumah itu dan dia dipatuk lagi. Yashraj dimasukkan ke hospital dan dirawat," kata bapa Yashraj, Chandramauli Mishra.

Selain doktor, keluarga Yashraj juga telah meminta pertolongan dari bomoh kampung.

"Kami pun tak pasti mengapa ular ini mensasarkan Yashraj. Anak saya terganggu dari segi mental dan berterusan hidup dalam ketakutan.

"Kami telah melakukan 'pooja' beberapa kali bahkan meminta bantuan penangkap ular untuk menangkap ular itu namun terbukti semuanya sia-sia," kata bapa remaja itu lagi. - India.com

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

ular, bomoh, patuk, hospital

Artikel Lain