TIDAK kisah dengan tanggapan masyarakat, lelaki ini memilih untuk meninggalkan kerjaya yang menjanjikan gaji lumayan demi melakukan pekerjaan yang memberikannya kepuasan. Lelaki ini yang tidak dikenali identitinya, dikhabarkan merupakan seorang jurutera perisian (software engineer) dan pernah bekerja di syarikat ternama sebelum ini, Sungguhpun menerima gaji yang lumayan, lelaki ini merasakan dia tidak mencapai kepuasan lantas mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan sendiri, iaitu pejual air teh. Gambar gerai miliknya yang ditampal dengan nota catatan yang menjelaskan mengenai keputusannya untuk menukar kerjaya sebagai penjual air teh, telah menjadi viral di internet selepas dikongsikan oleh seorang pelayar di Twitter. Nota catatan tersebut bertulis: "Pada dasarnya, saya adalah seorang Jurutera Perisian. Saya telah bekerja di banyak syarikat seperti Wipro di mana saya mendapat gaji yang baik namun saya tak tenang. Saya selalu mahu berniaga. Setiap hari, secawan teh akan ada di atas meja saya. "Namun, saya tidak pernah merasai teh yang boleh disebut luar biasa. Saya sentiasa menjadi peminat teh. Saya mahu ada tempat di mana orang boleh menikmati teh yang luar biasa. Itulah sebabnya saya memulakan perniagaan teh dan menjadi 'jurutera teh'" tulisnya pada nota itu. - India.com Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!