suria

Tumpahan minyak jadi punca 40 ikan lumba-lumba, 3 ikan paus mati

Tumpahan minyak dalam skala besar itu berpunca daripada sebuah kapal kargo dikenali sebagai MV Wakashio.

TUMPAHAN minyak di perairan Mauritius dipercayai menjadi punca kematian 40 ekor ikan lumba-lumba dan tiga ekor ikan paus.

Susulan itu, aktivis alam sekitar memohon siasatan penuh dijalankan bagi membawa pelaku ke muka pengadilan.

Difahamkan, tumpahan minyak dalam skala besar itu berpunca daripada sebuah kapal kargo dikenali sebagai MV Wakashio.

Menerusi kenyataan polis, bangkai haiwan-haiwan itu juga dihantar untuk bedah siasat.

Malah, kejadian itu disifatkan sebagai bencana terburuk kepada alam sekitar negara itu.

"40 ekor ikan lumba-lumba ditemui mati setakat ini.

"Bedah siasat telah dijalankan ke atas 25 ekor ikan lumba-lumba pada Rabu dan Khamis.

"Kami menjangkakan keputusan akan dikeluarkan tidak lama lagi," kata Jasvin Sok Appadu dari Kementerian Perikanan negara itu. - India Times.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain